CONTACT US 联络我们
 
Alamat:
31450 Menglembu,
Ipoh, Perak.
 
Tel:
05-2812559
 
Fax:
05-2822513
 
E-mail:

 
 
 
 
QR CODE 扫描我吧!
 
 
SEJARAH SEKOLAH 学校历史
 

1966 |
Penubuhan sekolah di bawah nama Sekolah Menengah Rendah (SMR) Menglembu bertempat sementara di SRJK(C) Bukit Merah dengan jumlah pelajar 380 orang dalam 10 Kelas Peralihan dan kakitangan mengajar sebanyak 12 orang guru termasuk mendiang En. Chong Wai Yoong sebagai Guru Besar yang pertama.
万里望中学创办于一九六六年,当时是以初级中学为名。校址是借用红坭山华小的校舍,学生共有三百八十人,成立了十班预备班。而教职员连校长共有十二位。
 

1967 |
Pemindahan sekolah ke tapak sekarang seluas kira-kira 9.2 ekar. Penubuhan Lembaga Pengurus dan Pengelola Sekolah dengan En. Woo Ka Lim, JMN, JP dilantik sebagai Pengerusi Lembaga.
一九六七年,学校正式迁入现址,拥地9.2依格。同年学校成立了董事会,并以Woo Ka Lim 先生 JMN., JP 为董。
 
 
1969 |
Pembukaan sekolah secara rasmi oleh Y.B. En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada 14hb Mac 1969. Kumpulan pertama seramai 212 orang pelajar Tingkatan Tiga mengambil Peperiksaan LCE dengan 19.8% calon memperolehi Gred A. Temasya Sukan Olahraga Pertama diadakan.
新校舍由教育部长YB En. Mohd. Khir Johari于1969年3月14日主持开幕。同年,第一
批212位中三学生参加初级教育文凭考试,共有19.8巴仙的考生考获甲等文凭。同年也举办了首届运动会。
 

1973 |
Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.
在1973年成立了家长与教师协会。同年也开办了以国语为教学媒介语的中三及中四班。
 

1974 |
Pelancaran projek Pembangunan Pertama dan Pertunjukan Kebudayaan untuk mengutip derma bagi menubuhkan Tabung “Benefit Society” yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin sekolah.
1974年首次推行建校工程及文化以等募“协助清寒子弟基金”。基于学生人数遽增. 校方于1976年增建了一座三层楼校舍,其中包括三间科学实验室。
 
 
1976 |
Pembinaan sebuah bangunan Tingkatan Tiga dengan tiga bilik Makmal Sains bagi menampung penambahan bilangan pelajar.
1976年增建了一座三层楼校舍,其中包括三间科学实验室。
 
 
1979 |
Guru Besar En. Chong Wai Yoong ditukar ke Sekolah Menengah Tronoh pada akhir tahun 1979.
校长Chong Wai Yoong先生于1979年年底被调至端洛中学掌校
 
 
1980 |
Peningkatan taraf sekolah kepada sekolah Gred A. Pelantikan En. Soh Seong Cheong sebagai Guru Besar pada awal tahun 1980. Penubuhan “Jawatankuasa Gabungan Tabung Pembangunan Sekolah” oleh ketiga-tiga badan, iaitu Lembaga Pengurus dan Pengelola Sekolah, PIBG dan Persatuan Bekas Murid Sekolah Menengah Menglembu dengan objektif
untuk mengumpulkan tabung pembangunan kemudahan-kemudahan sekolah melalui pelbagai projek amal. Wang tabung yang dikumpul telah digunakan bagi membiayai projek-projek berikut:
     - Kelas Sains Tulen (Tingkatan 4 dan 5).
     - Perpustakaan dan Pusat Sumber Berhawa Dingin.
     - Kantin Baru Sekolah.
     - Meluaskan Padang Sekolah.
年学校被提升为“A型学校”。同年初,Soh Seong Cheong先生被委任为新校长。
董事会,家教协会及校友会联合成立了建校委员会。其目的是筹募款项以作为改善/ 提升学校设备之用。其中包括:
    1.纯理科班
    2.图书馆及资料中心增设冷气设备
    3.新食堂
    4.扩建学校草场
 
 
1981 |
Penukaran nama sekolah secara rasmi dari Sekolah Menengah Rendah Menglembu kepada Sekolah Menengah Menglembu, Ipoh.
于1981 年将学校改名为万里望中学。

1982 |
Projek-projek pembangunan selesai dilaksanakan. Pembukaan rasmi projek-projek pembangunan oleh YB. Dr. Tan Teong Hong, Timbalan Menteri Pelajaran, diwakili oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak pada 21hb Oktober 1982.
1982年完成了建校工程并在(21.10.1982) 由州教育局长代表当时的副教育部长陈忠鸿先生主持开幕仪式。
 

1983 |
Penubuhan Pasukan Pancaragam Sekolah (Brassband) dengan bantuan derma orang ramai. “Projek Kilat” oleh kerajaan bagi mendirikan sebuah bangunan enam bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah.
1983 年成立铜乐队。在应付紧急工程计划下,兴建了一座有六间课室之建筑物。
 

1986 |
En. Soh Seong Cheong bersara sebagai Pengetua pada 16hb Mei 1986 setelah berkhidmat kira-kira enam tahun di sekolah ini. Pelantikan En. Chong Suan Ee, PJK sebagai Pengetua pada 16hb Mei 1986.
在为学校服务了约六年时间的校长Soh Seong Cheong先生于1986年5 月16日荣休,由Chong Suan Ee 先生PJK 接任为校长。
 

1988 |
Sekolah dipecah dua dan diwujudkan Sekolah Menengah Seri Keledang mulai 16 April
学校于1988 年被分为两间中学( 万里望中学及升旗山中学)。
 
 
1988 |
Mereka menumpang di SMK Menglembu dan berpindah ke bangunan baru mulai 1 Januari 1989.
升旗山中学暂时借用万里望中学的校舍,过后于1989年l月1 日迁入新校址。
 

1989 |
Pertukaran En. Chong Suan Ee, setelah berkhidmat selama kira-kira dua tahun lapan bulan sebagai Pengetua ke SMJK St. Michael, Ipoh.
 
Pelantikan En. Yap Choon Kee sebagai Pengetua baru pada 1.1.1989.
 
Pelancaran Projek Pendidikan Melalui Komputer (PMK) dalam bulan Mac 1989. Pembinaan Bilik Gerakan.
 
校长Chong Suan Ee 先生PJK在服务了两年多后被调升至圣米佳中学掌校,续由Yap Choon Kee 先生在1989年l月1日接任。同年三月,学校推行了电脑辅助教学计划及建设了学校的行动室。
 

1991 |
Sekolah meraikan Jubli Perak pada 6 September 1991. Perayaan dirasmikan oleh En. Chong Hong Chew.
学校欢庆银喜纪念(6.9.1991) 由Chong Hong Chew 先生主持开幕。
 
 
1992 |
Persaraan En. Yap Choon Kee sebagai Pengetua pada 19hb Mac 1992.
En. Liew Shou Lin memangku sebagai Pengetua hingga bulan September apabila En. Thomas Kok ditukar ke sekolah ini sebagai Pengetua baru.
在19.3.1992校长Yap Choon Kee先生荣休。由 Liew Shou Lin 担任代校长职同年九月 Thomas Kok先生被委任为新任校长。

Pertukaran En. Thomas Kok ke SMJK Methodist (ACS), Ipoh pada 1hb Disember 1992.
同年12月l日 Thomas Kok先生被委任为怡保男英华校长。

Sekali lagi Penolong Kanan En. Liew Shou Lin memangku sebagai Pengetua hingga 16 Februari 1993.
Liew Shou Lin 先生再次被委任代校长至1993年2月16日。
 

1993 |
Pertukaran En. Selladurai dari SM Methodist, Banting ke sekolah ini sebagai Pengetua baru pada 16 Februari 1993.
1993 年2月 16 日,来自SM Methodist Banting & Selladurai 被委任为校长。
 

1994 |
Penolong Kanan En. Liew Shou Lin bersara pada 1hb Jun 1994 setelah berkhidmat di sekolah ini selama kira-kira 14 tahun.
副校长Liew Shau Lin 先生于1994年6月 1 日荣休。
 

1995 |
Pertukaran En. I. Selladurai balik semula ke SM Methodist, Banting pada 1hb Februari 1995.
于1.2.1995 Selladurai 先生被调回 SM Methodist Banting 服务。

Penolong Kanan En. Lee Soon Ching memangku sebagai Pengetua hingga 30hb Jun 1995.
Lee Soon Ching先生出任代校长职至1995 年6月30日。

Pertukaran En. Si Sui Hai dari SMJK Ayer Tawar, Ayer Tawar ke Sekolah ini sebagai Pengetua baru mulai 1hb Julai 1995.
 于1.7.1995 Si Sui Hai先生从爱大华中学调至本校担任校长职。
 

2000 |
En. Si Sui Hai bersara sebagai Pengetua pada 21hb September 2000.
Si Sui Hai 先生于2000年9月21 日荣休。

Pelantikan Pn. Foo Ai Kia sebagai Pengetua pada 16 Oktober 2000.
Foo Ai Kia女士于2000年10月16日被派至本校担任校长职。
 

2001 |
Pertukaran Pn. Foo Ai Kia sebagai Pengetua St. Bernadette’s, Batu Gajah mulai 16 Julai 2001.
于2001年9月16日Foo Ai Kia 女士被派至华都华也SMK St. Bernadette's出任校长职。

Pelantikan Cik Mary Kathleen Loke sebagai Pengetua baru pada 16 Julai 2001.
Kathleen Loke小姐于2001年7月16日开始担任本校校长职。
 
 
2002 |
Pembinaan Makmal ICT di bawah Program Pengkomputeran Kerajaan Pembinaan Blok Baru 4 tingkat E & F.
在政府提升电脑教育计划下,2002年9月开始启用新建的电脑室。
 

2003 |
Selepas Persaraan Cik Mary Kathleen Loke, En. Kwek Hoo Sing, PK 1 telah memegang jawatan Pemangku Pengetua.
2003年开始启用新建的四层楼教室。
 

2004 |
Pelantikan Cik Lee Wai Leng sebagai Pengetua baru pada 1 Januari 2004.
2004年l月l日Lee Wai Leng小姐出任本校校长职并于2005年5月28日荣休。
 

2005 |
Persaraan Cik Lee Wai Leng pada Mei 2005. Pertukaran En. Liew Shee Leong dari SMJK Shing Chung, Sungai Siput pada Jun 2005. Pengkomputeran kehadiran guru, Peperiksaan, Maklumat Murid dan Kokurikulum Sijil Tamat Sekolah.
2005年6 月和丰兴中校长刘世良硕士被派至本校担任校长职。学校电脑化教师出席系统、考试、学生和课外活动资料及毕业证书。
 

2006 |
Upgrading Dewan Mini (Lecture Hall), Pemasangan TV Siaran Astro di Kantin, Upgrading Pusat Sumber (Bilik Multimedia, Red spot, Pinjaman, Berhawa Dingin, Pinjaman Berkomputer).
Pembinaan Walkway beratap (Sheltered Walkway)
年开始提升多元用途礼堂设备以及在食堂装寰宇电视,提升资料中心设备。E座 和F座的四层楼校舍建于2003年并在2005年竣工。这两座校舍已容纳本校中三、中四 和中五的学生。除此之外,它也拥有了健身设备、借贷课本中心及科学室。校舍旁有一座青葱翠绿的万里望中学草药中心及鱼池,把校舍点缀的生气盎然。
 
坐落在B门出口处的脚踏车及电单车亭已在2007年7月完成。该项耗资RM8000.00的计划是由家协会赞助。新的脚踏车及电单车亭不但设有篱笆及洋灰地而且空间更大更舒适。旧的脚踏车及电单车亭将用为生活技能科的一项活动计划。

En. Kwek Hoo Sing, Pen. Kanan dilantik sebagai Pengetua SMK Poi Lam, Ipoh mulai 1 Jun 2006.
 
 
2007 |
Bangunan Blok E dan F telah bermula pada tahun 2003 dan siap pada 2005. Kini, bangunan ini menempatkan pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 serta dilengkapi kemudahan Gym, Bilik Multimedia, Bilik SPBT dan Makmal Sains.

Taman Herba SMK Menglembu dan kolam ikan KHB juga menghiasi sekeliling bangunan ini.

Tapak letak basikal dan motosikal siap pada Julai 2007 dengan belanja sebanyak RM8000.00.
Lokasinya berhampiran Pintu B. Tapak berlantai konkrit dan berpagar ini menyediakan ruang letak yang lebih selesa.

Tapak letak kenderaan pelajar yang lama digunakan untuk projek KHB.

Majlis persaraan Cik Tan Mei Chye telah diadakan pada 17.5.2007. Selepas persaraan Cik Tan Mei Chye, Pn. Chan Nyook Ying telah dilantik memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum.

Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah dengan kemudahan internet. Program Pengenalan Identiti pelajar diperkenal dengan setiap pelajar wajib menggantung kad I/D pada leher mereka. Pelajar boleh meminjam buku menggunakan kad I/D. Sistem baru ini menggantikan sistem pinjaman menggunakan kad manual.

Satu bangunan lengkap dengan bekalan air dan elektrik akan didirikan di luar pagar sekolah. Bangunan ini telah didermakan oleh En. Lee Chee Sing, PMP, AMP kepada pihak sekolah secara percuma untuk menjalankan aktiviti kokurikulum sekolah.
 
2007年5月17日本校举行课外活动主任陈美琪副校长的荣休仪式。仪式后,曾玉英老师被委任为课外活动中心主任。为了提升资料中心,校方已在资料中心增设网络服务。 鉴定学生身份计划业已进行。所有学生必须佩戴身份鉴定卡。学生可以利用有关身份鉴定卡借书。这项计划已取代旧用的借书卡方式借书。校友李志成AMP., PMP先生慷慨捐献一座建筑物作为衣校课外活动中心。为了预防学生做出违反校规的行为及外人的侵入,家教协会捐献RM1,000.00以装置闭路电视。闭路电视将全日24小时操作。
2008 |
Hari Jogathon telah diadakan pada 1 Mac dengan sasaran sekolah sebanyak RM40,000.00 berjaya dipungut. Dana tersebut digunakan untuk pembangunan sekolah. Tandas Blok D yang baru siap. Projek tandas baru pelajar ini dilengkapi lantai dan dinding berjubin untuk keselesaan pelajar di Blok D.

Dataran Tapak Perhimpunan baru dilengkapi lantai berjubin dan pendawaian. Pelajar menggunakannya untuk urusan pementasan, pengelolaan majlis perhimpunan harian dan tempat duduk guru sewaktu majlis perhimpunan rasmi.

Pintu masuk get elektronik lengkap dengan sistem kawalan jarak jauh ‘remote control’ menjadi ruang masuk utama guru dan pelajar yang mempunyai kenderaan.

Sebelah lokasi get elektronik didirikan pondok jaga dengan kawalan jaga 24 jam.

Kawalan jaga yang berpusat di Pondok Jaga serta dilengkapi sistem CCTV adalah untuk meningkatkan aspek keselamatan.

Model Pertanian Organik dan Taman Herba berjaya didirikan berdekatan lokasi kantin sekolah. Tanaman organik mengikut cara tumbesaran profesional sama seperti yang diusahakan di Cameron Highlands. Satu blok bangunan yang dijadikan Rumah Model Pertanian Organik disumbang oleh En. Lee Chee Seng, PMP, AMP.
 
Tapak Menunggu Bas siap didirikan pada Julai 2008. Tapak menunggu bas ini menghubungkan ‘walking pathway’ untuk kemudahan para pelajar. Lampu koridor baru dipasang di sepanjang blok-blok utama. Lampu ini menerangi suasana dan pada awal pagi memberi kemudahan ketika para pelajar memasuki sekolah.
 
<万中行>竞走成功筹获4万令吉并用作学校建设基金。

D座新的学生厠所建峻,厕所墙壁与地上铺以瓷砖以让学生舒适使用。
 
启用铺以瓷砖并有电线设备的新周会广场,让学生能够进行舞台活动与表演或主持及进行日常集会,并成为老师们于正式周会时的座位地方。

备有遥控设施的电子大铁门成为使用交通工具的本校师生之主要进口处。大门旁建有守卫员的检视室,并24小时监护及配以闭路电视以提升校内安全水平。

食堂旁边的草药及有机耕种示范园圃,有机耕种乃与金马仑高原相似。园内设有一间有机耕种示范屋是由李志成PMP, AMP先生所捐献。

巴士候车亭将于7月建成,并与有盖走廊衔接以方便学生。

校内主要几座校舍的走廊都装上亮灯以让学生在早上进入校内时安适及方便。
 
 
2009 |
Tapak Perhimpunan Dataran PIBG telah diperluas dan disimenkan.
Gelanggang bola keranjang baru dibina. Gelanggang ini dilengkapi garisan permainan bola keranjang dan bola tampar yang standard.

Dewan Sekolah baru diwujudkan di Blok E berdekatan bilik Multimedia.
 
Tembok pagar konkrit yang lengkap didirikan sekeliling sekolah.

Gerai kantin telah diubah suai. Gerai kantin dipasangkan meter elektrik berasingan untuk setiap satu gerai.

Padang sekolah ditambak dengan muatan 300 lori pasir hasil kerjasama sumbangan Timbalan Yang Dipertua PIBG, En. Wong dan adik-beradik, serta melalui Pengerusi MCA Cawangan Batu Gajah, En. Loh Kwee Peng yang memungkinkan pasir didapati percuma dari Pejabat Tanah Batu Gajah.

Pada tahun 2009, SMK Menglembu telah mengadakan majlis mengenang budi dan jasa baik dua orang guru bersara. Pn. Lim Ai Choo yang mula berkhidmat pada 16.04.1979 di SRJK (C) Sauk, Kuala Kangsar. Beliau bersara wajib pada 23.04.2009. En. Lee Yin San memulakan perkhidmatan beliau pada 07.01.1974 di SMK (Ing) St. Michael, Ipoh. Beliau bersara wajib pada 03.05.2009 di SMK Menglembu.

Pertukaran Penolong Kanan Ko-kurikulum Pn. Chan Nyook Ying ke SMK Seri Keledang sebagai Penyelia Petang pada 21.08.2009.

Bilik darjah dan koridor di Blok C dilengkapkan dengan lampu dan kipas baru.
 
本校周会地点(家协广场)铺上了洋灰并加宽了,也建成了一座新的篮球场.它已涂上篮球场及排球场各自的标准界线。
 
在E座多媒体教室旁也设了新的迷你礼堂,学校四周也已围上了篱笆围墙。
 
食堂的摊位已进行修复或装修,并装上各别的电表。
 
通过家协副主席黄东兴先生及其兄弟的捐献和华都牙也马华支会主席罗桂平先生的协助下,获得华都牙也土地局提供泥沙,修铺本校草场。
 
本校有2位资深教师退休。校方举行欢送会及荣休仪式欢送在4月23日荣休的林爱珠老师和在5月3日荣休的李仁生老师。
 
 
2010 |
Dewan sekolah telah dinaik taraf dengan diwujudkan lantai pentas kayu berlapik (laminated wood).

Persaraan Pn. Chow.

Bilik Guru telah dinaik taraf dengan menyediakan bilik Ketua Bidang khas. Bilik ini dilengkapi stor dan kemudahan komputer Compaq dan Pencetak Inkjet untuk memberi ‘privacy’ sesuai dengan status Ketua Bidang di sekolah.

Lima komputer baharu disediakan di Bilik PMK dengan sistem operasi Window 7.

Bilik Kebal untuk menyediakan bahan peperiksaan diwujudkan bersebelahan Bilik Guru dengan ciri keselamatan yang lebih baik dan ruang yang lebih besar.

Bilik darjah berhawa dingin disediakan di Tingkatan 2 Alfa dan Tingkatan 6 untuk keselesaan pelajar dengan bayaran elektrik disubsidi secara minima oleh pelajar.

4 Beta dilengkapi 5 kipas siling dan 2 kipas automatik sebagai langkah permulaan menaik taraf bilik darjah.

Kamera baharu dengan peralatan sesi penggambaran telah diterima oleh sekolah dengan kos RM3000.00 supaya semua sesi penggambaran dapat dibuat di peringkat sekolah secara ‘in-house’.

Taman Teknologi Pertanian yang baharu diwujudkan di samping Taman Herba dan Taman Organik.

Pertukaran En. Wong Pek Wei dan En. Kok Loy Sin.
 
提升学校礼堂设施一舞台地板铺以压缩木层板。

提升教师办公室设施一设立系主任室以配合学校各系主任的职责身份与隐私,室内设有储藏间以及电脑和印刷机。

电脑辅助教学室增添了 5台新电脑,以视窗7系统操作。

在教室办公室旁开设更具安全条件和有更大空间的考卷保安室。

2 Alfa及先修班的课室装有冷气空调以让学生能更舒适地上课,学生以最低额付费来补貼电费。
作为提升课室设施的开始,4 Beta的课室則装置5把吊扇和2台座扇。

学校荻得了一台价值3千令吉的摄影相机,以便日后的校内摄影活动或拍照计划能以校内自主自供自助的方式进行。
在有机农场及草药圃旁设立新的农业科技园。
 
 
2011 |
Kaki lima (road way) untuk pelajar keluar masuk ke kawasan sekolah.

Tempat letak kenderaan guru yang baru di belakang kantin.

Bumbung untuk tempat letak basikal pelajar-pelajar.

Paip untuk cuci kaki selepas aktiviti kokurikulum (2 di tepi bilik KH, 2 berhampiran tapak roll-call).
Taman herba telah dilengkapi sistem automatik untuk siram pokok (berfungsi 3 kali sehari).
Pagar telah dibina sekeliling blok akademik untuk mengelak kes-kes ibu bapa yang berjumpa pelajar tanpa melalui pejabat dan mengelak daripada pelajar ponteng kelas.

LCD projektor (3500 ansilumen) telah dilengkapi di dewan tertutup sekolah.

Skrin bermotor beserta remote (12 kaki) juga telah dilengkapi di dewan tertutup sekolah.

Kipas dan lampu telah dipasang di dewan terbuka sekolah.

Stor baru Kemahiran Hidup diwujudkan.

Papan-papan tanda telah dipasang di laluan utama sehingga ke pejabat 10 buah almari besi baru telah dibeli untuk kemudahan menyimpan fail dan dokumen semua bidang akademik.

Tanda besar pusat sumber telah diwujudkan.

Koridor sebelah bilik guru akan dijadikan tempat perbincangan guru dan pelajar.

Pertukaran Penolong Kanan I, En. Wong Soon Cheong ke SMJK Sam Tet sebagai Penolong Kanan I pada 1.9.2011.

Perlantikan En. Wong Yee Kong sebagai Penolong Kanan I pada 1.9.2011.

En. Lye Kuan Yuen dilantik sebagai Penyelia Petang pada 1.9.2011.

Persaraan Pengetua, En. Liew Shee Leong pada 9.9.2011. Pertukaran Pn. Chan Nyook Ying dari SMJK Yuk Choy pada 16.9.2011.

Pertukaran Penolong Kanan Ko-kurikulum, Cik Lee Mooi Lay ke SMK Perempuan Methodist sebagai Penyelia Petang 16.9.2011.

Pn. Wong Yun Lian dari SMJK Perempuan Perak dilantik sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum pada 16.9.2011.
 
衔接走廊方便学生出入校园

食堂后方增设教师泊车棚

学生停放脚车处顶

增设供课外活动后洗脚的水龙头(2个在生活技能课室旁,2个在集会广场旁)

有机农场及草药圃内增设自动浇水系统

校舍四周围上篱芭以避免学生逃学及避免家长没通过办公室而直接见学生

小礼堂设投影放映机,荧幕和遥控器。

开放型礼堂已装上风扇和灯

增设新的生沽技能科储藏室

主要走道设有告示牌,扩大资料中心的告示牌。

新增10个铁橱供各学术科储放文件书籍

教师办公室旁的走廊将设为师生谈论处

学术部副校长黄顺昌先生于2011年9月1日调任三德中学副校长。同一日,下午班主任黄怡光先生升任本校学术部副校长。而怡保男英华的En. Lye Kuan Yuen则调升为本校下午班主任。

刘世良校长于2011年9月9日荣休。

曾玉英女士于2011年9月16日被委任为新任校长。

2011年9月16日,课外活动部副校长李茉莉小姐调升为怡保女英华中学下午班主任,由霹雳女中Pn. Wong Yun Lian接任课外活动部副校长取。
 
 
2012 |
Malam Kebudayaan 1 Malaysia diadakan pada 28 April 2012 di Dewan Besar SJK (C) Bukit Merah.

Blok D, E dan F dicat semula dengan sumbangan oleh kerajaan.

Pemasangan CCTV di blok D, E dan F.

Persaraan Penolong Kanan Petang, En. Lye Kuan Yuen pada 23 Jun 2012. Pertukaran Pn. Lok Sau Chee dari SMJK Perempuan Perak pada 16 Julai 2012.

Persaraan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Othman b. Maseri pada 1 Disember 2012.
Kantin telah dinaik taraf dengan menyediakan bilik makan untuk guru dan tambahan ruang makan untuk pelajar.

Pembinaan Laman Eko-Sains dihadapan Makmal Sains Blok D oleh Persatuan Sains dan Matematik di bawah bimbingan Pn. Lee Bee Swan dan En. Norazlan.

Penerimaan 42 buah komputer baharu untuk Makmal Komputer.

Pengecatan semula Blok E dan Blok F.
 
2012年4月28日在红坭山华小举办一个大马文化之夜。

在政府的拨款资助下粉刷D, E及F楼。

在D, E及F楼安装闭路电视。
下午班主任赖关源副校长于2012年6月23日退休,其空缺由来自霹雳女中的Pn. Lok Sau Chee填补。

学生事务副校长哈芝阿末奥斯曼于2012年12月1日荣休。

提升食堂设备,增建教师用膳厅及扩建学生用膳厅。

在Pn.Lee Bee Swan和En.Norazlan的带领下数理学会会员在D座校舍的科学室前面增设科学生态园。

电脑室增添24台电脑。

E座校舍和F座校舍已重建松漆。
 
 
2013 |
Pengecatan semula semua blok.

Konsert Ulang tahun Pancaragam Kali ke-30 diadakan di SK Wan Hwa II pada 13 April 2013.

Pembinaan Tandas baru di Blok F.

Pondok Literasi (sumbangan pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas 2012 dan PIBG sekolah) dibina.

Pelancaran FROG VLE di Peringkat Sekolah.
 
A座校舍,B座校舍,C座校舍及D座校舍已重新松漆。

本校军乐队配合三十周年纪念,于2013年4月13日在万华二校举办“心之弦乐”演奏
会。

F座校舍赠建厕所。

B座和CC座校舍间增建文学亭(由2012年中五、中六毕业生及家教协会赞助)。
 
 
 
RELATED LINKS 友情链接
 
      
        
 
            
  
 
© 2014 SMK Menglembu. All Right Reserved.